Tuesday, December 29, 2009

CINTA ALLAH

Makanan roh itu ialah mengenal dan cinta kepada Allah. Jika cinta itu ditumpukan sepenuhnya kepada selain Allah, maka binasalah roh itu. Badan itu hanya ibarat binatang tunggangan bagi roh. Badan itu akan hancur, tetapi roh tetap hidup.

Roh sepatutnya menjaga dan mengawasi semua anggota badan. Pastikan setiap inci pergerakannya selari dengan kehendak Allah taala. Anggota tidak akan bertindak selagi kita (roh) tidak mengarahkannya. Saya lebih sesuai menterjemahkan roh sebagai hati kerana hatilah memainkan peranan yang terpenting dalam melahir dan menzahirkan seni praktikal. Imam al-Ghazali menegaskan di dalam Ihya Ulumuddin bahawa hati itulah raja yang segala anggota taat dan patuh kepadanya. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Nukman ibn Basyir r.a. sabda Rasulullah s.a.w., “ Di dalam jasad itu ada seketul daging. Apabila baiknya ia, maka baiklah jasad itu. Apabila jahat, nescaya jahatlah seluruh jasad itu. Ianya adalah hati.” Demikian itu, hendaklah kita bersungguh-sungguh membaikkan hati dan memelihara juga memuliharanya daripada segala bintik-bintik noda yang menghitamkan hati.

Keperluan badan manusia terbahagi kepada tiga sahaja iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal. Tetapi kemahuan badan yang ada pada seseorang untuk mendapatkan tiga perkara ini cenderung menyalahi akal dan melampaui batasan. Oleh itu, kemahuan ini perlulah disekat dan dibatasi dengan undang-undang syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w..

Manusia pasti terpesona dan terpikat melihat warna-warni pelangi yang menghiasi dunia, tergodanya mereka dengan ‘syurga’ dunia yang menghancur dan membinasakan diri mereka akhirnya. Melainkan insan-insan bertuah yang diselamatkan Allah. Mereka berhati-hati supaya tidak tergoda. Pintalah keselamatan daripada Allah. Rayulah agar Dia memelihara kita daripada segala kejahatan, mungkin datang dari lubuk hati, atau nafsu, syaitan, juga syaitan manusia. Usaha tidak terhenti di situ, kita mestilah berusaha memelihara hati dan diri daripada perbuatan haram yang akan mengotorkan hati dan langsung akan menjarakkan relisi kita dengan Tuhan. Tuhanlah matlamat kita. Ke manakah kita sehari-hari? Menuju ke mana? Kalau bukan kembali kepada Pencipta, Allah al-Khaliq. Manusia yang tidak menjadikan Allah sebagai matlamat kehidupannya akan menemui kegagalan dan kemuflisan dalam merencah rencah-rencah delima hidup ini.

Cinta Kepada Allah merupakan sumber dan benteng kekuatan yang akan menghalang kita daripada terpedaya dengan dunia yang sementara ini. Untuk menguatkan agar cinta kita tidak tergugat, perlulah ia dibajai dengan sifat-sifat yang mulia, terutamanya sifat zuhud.

Bagi membolehkan kita sampai ke matlamat yang sebenar demi kebahagian di dunia dan akhirat, perlulah kita memandang dunia ini dengan pandangan yang betul. Kenapa perlu berzuhud dengan dunia? Zuhud dalam ertikakata melihat dunia ini tidak lebih dari kepentingan akhirat. Mencari hasil dunia jangan sampai lagha kepada Tuhan, saya lebih sesuai dengan makna begini. Kekayaan tidak menghitamkan keimanan selagi kayanya kita ini semata-mata kerana Allah taala. Namun sekiranya lar-lar harta itu membuatkan kira semakin leka akan hakikat diri, sesungguhnya kekayaan ini bakal menghancurkan pemiliknya seperti anai-anai menghancurkan kayu.

Firman Allah, “Kekayaan telah melalaikanmu,” ayat pertama dalam surah al-Takasur ini jelas larangan kekayaan yang menyebabkan kita lagha dan lalai kepada Allah. Adapun kekayaan yang dipentaskan oleh keimanan kepada Allah pasti akan menghasilkan hasil yang lumayan untuk ummah. Insya-Allah!

Kenapa perlu berzuhud?

Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi r.h. menyimpulkan tipu daya dunia kepada penduduknya dengan pelbagai cara. Antaranya:

PERTAMA

Ia berpura-pura kekal bersama kita. Hakikatnya ia sentiasa berlalu saat demi saat sambil melambaikan tangan mengatakan, “ Selamat tinggal,” kepada kita. Seperti bayang-bayang yang tampaknya tetap tetapi sebenarnya bergerak.

KEDUA

Dunia ini berpusing-pusing seperti ahli sihir yang menawan tetapi jahat. Dia berpura-pura cinta kepada kita, kemudian dia kembali kepada musuh dan meninggalkan kita yang kesedihan dan berputus asa.

Inilah wajah dunia.

Seseorang telah menasihati Ibrahim ibn Adham dengan mengemukakan beberapa nasihat iaitu:

SATU
Orang yang banyak bicaranya janganlah kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.

DUA
Orang yang banyak makannya janganlah kamu harapkan sangat kata-kata hikmat daripadanya.

TIGA
Orang yang cinta kepada dunia janganlah kamu harapkan sangat husnul khatimahnya.

EMPAT
Orang yang melupakan hal kematiannya janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya.

LIMA
Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim janganlah kamu harapkan sangat kelurusan agamanya.

ENAM
Orang yang mencari keredaan manusia janganlah kamu harapkan sangat akan keredaan Allah kepadanya.

Demikianlah nasihat gurunya kepadanya.

------------------------

Senjata seterusnya untuk membentengi iman dan menyuburkan cinta kita kepada Allah taala ialah tafakur. Merenung memikirkan ciptaan Allah. Ambil sejenak waktu, renunglah bahawa dahulunya dunia ini tidak wujud dan di masa akan datang ia akan sirna lenyap sama sekali! Maka nampaklah betapa dunia ini berupa tipuan belaka. Tiada kalimah yang dapat diungkapkan untuk menjelaskan betapa ruginya mereka yang menganggap dunia ini tempat kediamannya yang tetap dan kekal. Membuat rancangan untuk sepuluh tahun mendatang, sedangkan mungkin dia akan berada di dalam kubur dalam tempoh sepuluh hari sahaja lagi! Siapa tahu?

Siapa yang membiarkan dirinya ditenggelamkan lautan keindahan dunia fana ini, dihempas ombak nafsu yang menggila, suatu saat nanti tangannya akan menyumbatkan makanan ke dalam mulutnya dan kemudian memuntahkan semula! Kelazatannya hilang sirna. Bagai helang yang hilang sayapnya.

Harta semakin betimbun rimbun. Jiwa semakin rimas mencecah usia tua. Sayangnya untuk meninggalkan kemewahan yang selama ini dikecapi. Semakin pedih dan sedihlah hendak meninggalkan semua itu. Kelak tidak berharga serimis pun!

Kepedihan meninggalkan dunia, di akhirat juga akan terasa pedihnya. Kebahagiaan saat meninngalkan dunia, di akhirat pun ada bahagia menanti. Insya-Allah. Janganlah bertagak-tagak lagi untuk menjernihkan hati. Baikilah hubungan kita dengan Allah. Usah dicemari lagi, semoga Dia menjaga hati juga jiwa juga roh kita kesemuanya.

Amien.

Wallahuaklam.

(Rujukan: Al-Hub ila Allah karangan Imam Ibnu Qayyim al-Jauzi , Ihya Ulumuddin karangan Imam al-Ghazali, Penawar Bagi Hati karangan Syeikh Abdul Qadir Abdul Mutalib)

Cinta Teragung

Menurut hadis Nabi S.A.W. yang mempunyai riwayat yang kukuh dan bersambung kepada Baginda Rasul S.A.W., Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis ataupun boleh dibaca dengan ‘Baitul Muqaddas’ telah dibina sezaman dengan pembinaan Masjidil Haram di Mekah. Masjidil Haram dibina sebelum zaman Nabi Ibrahim Alaihissalam, bahkan asasnya telah wujud sebagaimana yang dinyatakan dalam hadis menceritakan kisah Nabi Ismail Alaihissalam.

Di dalam hadis ini terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa Nabi Ibrahim Alaihissalam tidak membina Kaabah, tetapi hanya mengangkat atau membina semula Kaabah mengikut rekabentuk yang asal.

Pembinaan Masjidil Aqsa telah dilakukan pada zaman Nabi Adam Alaihissalam ataupun di zaman anak-anaknya. Kesimpulan ini dibuat berdasarkan pendapat ulama. Ibnu Hajar al-Asqalani berkata: “Sesungguhnya kami telah meriwayatkan bahawa orang yang pertama membina Kaabah adalah Adam Alaihissalam, kemudian anak-anaknya bertebaran di atas muka bumi . Maka tentu salah seorang anak baginda yang meletakkan asas pembinaan Masjidil Aqsa.”

Beliau menambah, “Sesungguhnya aku telah mendapati apa yang boleh menjadi penguat dan penyokong pendapat yang mengatakan bahawa sesungguhnya Adam Alaihissalam adalah orang yang pertama mengasaskan kedua-dua masjid.”

Oleh itu, zaman pembinaan Masjidil Aqsa terjadi beribu-beribu tahun sebelum zaman Nabi Daud Alaihissalam dan Sulaiman Alaihissalam.

Manakala nama “al-Aqsa” yang bermaksud “paling jauh” adalah bersempena kedudukan masjid tersebut yang paling jauh di antara ketiga-tiga buah masjid terpenting dalam Islam.

Nota Kaki Cinta Agung:
*Nabi Adam Alaihissalam juga dikenali sebagai “Abul Basyar” yang bermaksud Bapa Manusia.
*Imam Ibnu Hajar al-Asqalani (773 H/ 1372- 852 H/ 1449) merupakan pengarang kitab Fathul Bari, syarah kepada Sohih Bukhari.Beliau digelar sebagai Syeikhul Islam kerana kepakaran beliau dalam ilmu hadis.
*Rujukan: Buku Baitul Maqdis-Kesucian Yang Dipertahankan oleh Haji Mohd Hanif Hj. Ismail. Semoga Allah merahmati dan memberikan kesihatan kepada beliau.

adekah dunia simbol utama

kehidupan dunia yg tidak kekal, tapi ramai manusia cuba utk mencari dan merasai kehidupan dunia yg sebenar setakat hanya di dunia yg mane tidak akan membawa faedah diakhirat kelak, dunia sekadar pemangkin utk kita ke akhirat, di dunialahlah kite sepatutnye mencari pahala, utk mengejar syurga, dunia sekadar perjalanan utk ke akhirat, dunia tiada erti apa-apa pada kita, jika kita kejar dunia kita akan dpt dunia dan akhirat akan berjauhan dgn kita. jika kita kejar akhirat akan dekatnye akhirat dgn kita akan hilangnye rasa cinta kita pada dunia.

'Image
[url=http://img200.imageshack.us/i/useriluvislam.jpg/][img=http://img200.imageshack.us/img200/193/useriluvislam.jpg][/url]

Mutiara Kata

"Barang siapa yang tidak menjaga DIRINYA, maka tidak bergunalah ilmunya......"(Imam Ghazali)

"Kalau manusia ini mengejar kasih Allah, tidak akan timbul perselisihan dan perbalahan. Jika manusia sesama manusia, mengejar kasih manusia, itulah rahsia manusia itu bersaing dan
berbalah."


"...Kemudian apabila sampai ajal mereka, tiadalah dapat mereka meminta dikemudiankan sesaat pun dan tidak pula mereka dapat meminta
didahulukan." (AnNahl:61)


"Tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan secara kebetulan atau suratan tetapi setiap masalah yang dicari mesti ada jalan tertentu bagi seseorang untuk menyelesaikannya melainkan diri sendiri yang menimbulkan masalah sendiri."

"....kadang-kadang dalam perjalanan merentasi menujunya yang satu, berbagai dugaan yang menimpa....meratah keimanan kita satu persatu....kekadang rasanya tak mampu.... kadang-kadang mahu beralah.....tapi di sana ada kebahgiaan hakiki...."

"Redha
Allah itu bergantung kepada redha kedua ibu bapa dan marah Allah juga bergantung kepada marah kedua ibu bapa ."


"Hiburan itu tidak mesti membahagiakan tapi kebahagiaan itu sudah pasti menghiburkan."

"Setiap manusia pernah merasai kejayaan dan juga kegagalan dan setiap kejayaan dan kegagalan yang dirasai oleh manusia mempunyai hikmah dan
pengajarannya yang tersembunyi disebaliknya."


" Ilmu mu yang manfaat,sedekah mu yang ikhlas dan orang yang soleh,itulah syarat yang dituntut di ALAM BAKA....
"





Gratisan Musik
Belajar Bahasa Arab Online
'iluvislam'

Berjamaahkan lebih afdhal

Berjamaahkan lebih afdhal
Kunci Kejayaan